Pejam celik dah beberapa hari berlalunya bulan Syawal. Tetamu datang dan pergi dari rumah ke rumah yang lain. Syawal, mulanya hari untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan ketika Ramadhan yang lalu bagi yang tidak cukup berpuasa penuh dan Syawal juga peluang untuk umat manusia berebut - rebut untuk berpuasa sunat 6 hari.
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]
Mengenai puasa sunat Syawal dan puasa ganti, yang mana patut didahulukan ? Ramai umat manusia terkadang keliru yang mana patut didahulukan. Kadang - kadang aku pun keliru. Ada yang mengatakan boleh dilakukan sekali (niat sekali puasa ganti dan puasa sunat), ada pula yang mengatakan puasa ganti dulu dan ada pula yang mengatakan sebaliknya. Di sini aku nak berkongsi maklumat yang aku baca, dan aku percayai, tulisan dari sumber yang aku percayai. Untuk keterangan lanjut sila klik di sini . Mudah - mudahan ada manfaatnya untuk kita semua. InsyaAllah.