Wednesday, October 29

Pagi...

SUBHANALLAH...
Cantiknya pemandangan pagi ni...
Nyaman...Tambah lagi hujan renyai-renyai atau loghat negeri aku kata ghobeh...
Sambil menikmati milo panas...=)

ALHAMDULILLAH...
Aku masih diberi kesempatan bernafas...
Aku masih diberi peluang untuk bertaubat...
Aku masih diberi peluang untuk mengejar cita-cita...

ALLAHUAKBAR...
Maha Besar Dia yang mencipatakan segala-galanya...
Sekelian Alam...

Alhamdulillah baru hari ini aku dapat meringankan bebanan minda aku setelah beberapa hari dipaksa berkerja keras...hanya untuk sementara, kerana masih banyak lagi tugasan yang bakal menunggu. Lumrah alam, hidup sebagai seorang pelajar memang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bukan saja dari segi akademik tapi juga merangkumi aspek kehidupan.

Aku bersyukur, kalau tak kerana cabaran dan dugaan itu, tak mungkin aku boleh sampai ke tahap sekarang ini. Manusia memang perlu kepada cabaran dan dugaan, dari situ kita belajar. Belajar menjadi manusia.

Kurang dua minggu dari sekarang, aku akan menghadapi peperiksaan akhir aku untuk semester ini. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan perjalanan aku, dunia dan akhirat. Doakan moga aku dan sahabat-sahabat lain dapat menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup ini dengan tenang dan cekal. Banyak yang perlu aku ulangkaji memandangkan otak telah 'disuapkan' dengan kuih-muih aidilfitri membuatkan otak aku tepu dan liat. Manusia, mudah lupa. OKlah, tak tahu dah apa yang aku mengarut sekarang ni. Doakan agar perjuangan aku terus bersemangat seperti semangatnya para Rasul dan Anbiya di medan jihad. Wallahu'alam.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Ali-imran : 190-191

Saturday, October 25

Taubat Seorang Hamba


Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun

(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerna hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Wednesday, October 22

Tanpa tajuk

Hari ini rasa lemah tak bermaya, jasmani mahupun rohani. Kenapa agaknya ? Dari satu ke satu tulisan aku cuba menulis, semuanya tak berjaya untuk aku habiskan dan akhirnya tulisan ini saja yang idea aku mampu cetuskan.

Apakah gerangannya hal ini berlaku kepada aku ?
Adakah kerana kekecewaan dalam test semalam atau pun perkara lain ?
Lain ? Apakah perkara lain itu ?

Aku sendiri tak tahu dan tak mampu mengenalpasti apakah yang berlaku kepada diri aku sekarang. Hanya DIA yang MAHA TAHU.

YA ALLAH YANG MAHA AGUNG, BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI DUGAAN DAN UJIANMU, TABAHKANLAH HATIKU YANG SERING GELISAH, KELUH DAN KESAH. HIASILAH HATIKU DENGAN LIMPAHAN IMAN, KEYAKINAN DAN KETENANGAN MENJALANI PERINTAHMU. YA RAHMAN, LAPANGKANLAH DADAKU, MUDAHKAN PEMAHAMANKU, LANCARKAN PERJALANAN URUSANKU, HADIRKAN KECERIAN DALAM DIRIKU, MOGA ENGKAU SENTISA MENERANGI KEGELAPAN HATIKU. KU BERMOHON PADAMU YA ALLAH. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.



Monday, October 20

Izinkan Aku Menangis #2



Ya Allah...
Aku manusia...
Aku sering lupa...
Aku sering leka...
Aku sering alpa...
Aku menempah dosa...

Ya Tuhan...
Masihkah ada ruang kesempatan untukku...
Masihkah ada jalan untukku...
Bertaubat...
Beramal soleh...
Beramal jariah...

Ya Rahman...
Masihkah ada harapan untukku...
Menerima hidayahMu...
Menerima ampunanMu...
Menerima cahayaMu...

Ya Rahim...
Aku menangis...
Kerana dosa...

Aku menangis...
Kerana lemahnya diriku...

Aku menangis...
Kerana lemahnya imanku...

Ya Ghaffar...
Terimalah aku...
Terimalah pohonanku...
Terimalah amalanku...

Ya 'Alim...
Aku menangis...


Dan...


Gugurnya airmata seorang aku...





Saturday, October 18

Seronoknya...

Ini Hakimi. Anak buah aku yang pertama. Anak kepada kak long aku. Umur dah nak masuk 3 tahun awal Januari nanti. Dekat-dekat dengan birthday aku. Kejap sahaja masa berlalu. Tahun berganti tahun.

Seronoknya jadi budak-budak...


With baju raya

Rasai keseronokan Hakimi di Upin & Ipin Roadshow

Hari Raya 2008


Abah...
Mak...

Bang Lang & isteri...

Aku...
Adik aku...


Kak Long &
family + Angah & family tak dapat pulang ke Seremban pada hari raya pertama...

Tak ada yang menarik sangat tentang perjalanan raya aku kali ini...

Makan...tidur...motor...dan yang lain-lain yang tersirat...


Moga dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal tahun depan...Wallahu'alam...

Sakitnya kepala....

Aduh, sakitnya kepala....
B
anyaknya kerja....









" Ya Allah,
permudahkanlah urusan hambaMu
dan sahabat-sahabatku..
.. "

Wednesday, October 8

Jangan Terpedaya..

Selamat kembali berkerja buat yang pekerja dan selamat kembali belajar buat pelajar dari cuti berhari raya Aidilfitri.

Aku nak kongsi satu pengalaman ketika di Hentian Puduraya. Ketika itu aku baru sahaja selesai solat Asar di surau Hentian Puduraya dan kebetulan terjumpa seorang kawan yang juga solat di situ. Kawan aku bagi tahu yang dia telah kena paw dengan seorang hamba Allah tapi bukan pada hari tersebut. Dia teringat kisah kena paw sebab ternampak kelibat hamba Allah yang mengepaunya di surau itu. Kawan aku bagi tahu yang dia kena paw hampir RM20 kerana kebetulan pada waktu itu memang ada duit lebih kurang RM20. Dia kena paw bukan kerana dipukau tetapi kesian dengan rintihan oleh hamba Allah itu.

Gaya dialognya lebih kurang berbunyi begini :

" Bang, pinjam duit bang. Nanti saya bayar semula. Saya baru lepas kena paw dekat Petaling Street tadi. Saya nak balik kampung dekat Negeri Sembilan. Saya ada anak bini sekali. Kalau abang tak percaya, saya boleh tunjukkan. Abang bagi saya nombor akaun bank dan nombor telefon, nanti saya bank in semula duit abang. Saya bukan nak ajar abang, tapi kalau abang tiada duit, abang pergilah cucuk dekat ATM. Tolong saya bang (dengan muka kesian). "

Kawan aku tu pun keluarkan dompet dan kebetulan mempunyai lebih kurang RM20. Maka, kawan aku tu pun bagilah duit tu pada hamba Allah itu.

Pada hari tersebut kawan aku tu nampak kelibat hamba Allah tu sedang paw seorang musafir. Kali ini musafir itu pula yang terpedaya dengan pujuk rayu hamba Allah itu dan musafir itu menghulurkan RM50 kepada hamba Allah itu. Dan kebetulan juga, si musafir itu meminta untuk pinjam pen dari kawan aku tu dan kawan aku tu berilah sebatang pen kepadanya. Dan pen itu terus diambil oleh hamba Allah tadi dan seperti berusaha berjalan mencari kertas untuk menulis. Tetapi.....dalam sepejam mata, hamba Allah tadi yang kononnya berjalan hendak mencari kertas telah hilang dari pandangan kami (aku, kawan aku dan si musafir). Kawan aku meminta supaya si musafir tadi mencari hamba Allah tersebut tapi kelibatnya tiada kelihatan.

Diceritakan, si musafir tadi memberitahu kami bahawa ayat pujuk rayunya lebih kurang sama dengan apa yang aku tuliskan di atas. Sungguh terpedaya si musafir. Cuba bayangkan kalau hari tu hamba Allah tu dapat paw sepuluh orang, dan purata setiap seorang RM15, berapakah jumlah pawnya pada satu hari tersebut ? RM15 X 10 orang = RM150. Sungguh mudah mendapatkan duit dengan mengepaw tapi hasil paw itu tidak diberkati dan diredhai olehNya. Biarlah urusan itu antara hamba Allah itu dengan PenciptaNya. Lantas si musafir tadi niatkan duit itu untuk disedekahkan sahaja pada hamba Allah tadi.

Jadi buat sahabat-sahabat yang berurusan di Hentian Puduraya terutamanya atau pun di sekitar Lembah Klang, kejadian kena paw ini memang sering berlaku. Ada yang kena paw dengan cara yang jahat dan ada yang dengan cara yang 'baik' yang buat kita terpedaya. Maka berhati-hatilah ketika anda semua berada di Lembah Klang. Pesan aku jangan dibiasakan berseorangan ketika berjalan di Lembah Klang melainkan anda punya keberanian yang tinggi. Sediakan payung sebelum hujan. Alhamdulillah sepanjang permusafiran aku di Lembah Klang, tidak pernah sekali kena paw. Pesan aku lagi, berhati-hati bukan sahaja ketika di jalan raya tetapi juga ketika berseorangan berjalan kaki.





Tuesday, October 7

Ini Abah Punya !

Hadiah untuk abah dari anak-anak...
Moga panjang umur dan murah rezeki...
Moga dirahmati dan diredhai perjalanan hidupmu olehNya...

Nouvo Biru...

Monday, October 6

Ringkas

Terima Kasih.