Wednesday, October 8

Jangan Terpedaya..

Selamat kembali berkerja buat yang pekerja dan selamat kembali belajar buat pelajar dari cuti berhari raya Aidilfitri.

Aku nak kongsi satu pengalaman ketika di Hentian Puduraya. Ketika itu aku baru sahaja selesai solat Asar di surau Hentian Puduraya dan kebetulan terjumpa seorang kawan yang juga solat di situ. Kawan aku bagi tahu yang dia telah kena paw dengan seorang hamba Allah tapi bukan pada hari tersebut. Dia teringat kisah kena paw sebab ternampak kelibat hamba Allah yang mengepaunya di surau itu. Kawan aku bagi tahu yang dia kena paw hampir RM20 kerana kebetulan pada waktu itu memang ada duit lebih kurang RM20. Dia kena paw bukan kerana dipukau tetapi kesian dengan rintihan oleh hamba Allah itu.

Gaya dialognya lebih kurang berbunyi begini :

" Bang, pinjam duit bang. Nanti saya bayar semula. Saya baru lepas kena paw dekat Petaling Street tadi. Saya nak balik kampung dekat Negeri Sembilan. Saya ada anak bini sekali. Kalau abang tak percaya, saya boleh tunjukkan. Abang bagi saya nombor akaun bank dan nombor telefon, nanti saya bank in semula duit abang. Saya bukan nak ajar abang, tapi kalau abang tiada duit, abang pergilah cucuk dekat ATM. Tolong saya bang (dengan muka kesian). "

Kawan aku tu pun keluarkan dompet dan kebetulan mempunyai lebih kurang RM20. Maka, kawan aku tu pun bagilah duit tu pada hamba Allah itu.

Pada hari tersebut kawan aku tu nampak kelibat hamba Allah tu sedang paw seorang musafir. Kali ini musafir itu pula yang terpedaya dengan pujuk rayu hamba Allah itu dan musafir itu menghulurkan RM50 kepada hamba Allah itu. Dan kebetulan juga, si musafir itu meminta untuk pinjam pen dari kawan aku tu dan kawan aku tu berilah sebatang pen kepadanya. Dan pen itu terus diambil oleh hamba Allah tadi dan seperti berusaha berjalan mencari kertas untuk menulis. Tetapi.....dalam sepejam mata, hamba Allah tadi yang kononnya berjalan hendak mencari kertas telah hilang dari pandangan kami (aku, kawan aku dan si musafir). Kawan aku meminta supaya si musafir tadi mencari hamba Allah tersebut tapi kelibatnya tiada kelihatan.

Diceritakan, si musafir tadi memberitahu kami bahawa ayat pujuk rayunya lebih kurang sama dengan apa yang aku tuliskan di atas. Sungguh terpedaya si musafir. Cuba bayangkan kalau hari tu hamba Allah tu dapat paw sepuluh orang, dan purata setiap seorang RM15, berapakah jumlah pawnya pada satu hari tersebut ? RM15 X 10 orang = RM150. Sungguh mudah mendapatkan duit dengan mengepaw tapi hasil paw itu tidak diberkati dan diredhai olehNya. Biarlah urusan itu antara hamba Allah itu dengan PenciptaNya. Lantas si musafir tadi niatkan duit itu untuk disedekahkan sahaja pada hamba Allah tadi.

Jadi buat sahabat-sahabat yang berurusan di Hentian Puduraya terutamanya atau pun di sekitar Lembah Klang, kejadian kena paw ini memang sering berlaku. Ada yang kena paw dengan cara yang jahat dan ada yang dengan cara yang 'baik' yang buat kita terpedaya. Maka berhati-hatilah ketika anda semua berada di Lembah Klang. Pesan aku jangan dibiasakan berseorangan ketika berjalan di Lembah Klang melainkan anda punya keberanian yang tinggi. Sediakan payung sebelum hujan. Alhamdulillah sepanjang permusafiran aku di Lembah Klang, tidak pernah sekali kena paw. Pesan aku lagi, berhati-hati bukan sahaja ketika di jalan raya tetapi juga ketika berseorangan berjalan kaki.





5 comments:

nbo_3 said...

sampai macam tu sekali. Aku pnah naik bas ekspress sekali je kat pudu.

Siti said...

alhamdulilah, x penah lagi dipaw dkt pudu..seryesla keadaan di pudu mmg seram sejuk..

aiman tuah said...

" berlagak gagah la ketika di lembah klang supaya orang tahu yang kamu itu gagah .... lantaran tak berani nak berbuat apa-apa kepada kamu "

Siti said...

mcm salah je penggunaan perkataan lantaran tu..

Anonymous said...

" berlagak gagah la ketika di lembah klang supaya orang tahu yang kamu itu gagah .... kelak orang tak berani nak berbuat apa-apa kepada kamu "
<-- mcm ni lg ok rsny..