Wednesday, November 19

Suka vs Tak Suka (Episod Dua)

Aku kembali menulis, tak jadi diam. =)
Sambungan dari Episod Satu.


Manusia ? Kenapa dengan manusia sukar untuk mengekalkan rasa suka dan tidak suka ? Kenapa ? Kerana sifat manusia itu sendiri yang berubah-ubah. Manusia bukannya batu, yang hanya kekal pada satu bentuk dan sifat. Bahkan batu pun boleh bertukar bentuk bila mana dikenakan daya yang kuat ke atasnya, apatah lagi manusia yang tidak sekeras batu.

Manusia bukan batu, hanya membatu. Manusia dikurniakan satu kelebihan yang mana keistimewaan ini tidak diberi olehNYA kepada makhlukNYA yang lain. Apakah keistimewaan itu ? Sudah tentunya nikmat akal fikiran. Akal dikurniakan agar manusia itu selalu berfikir. Berfikir tentang baik dan buruk. Berfikir tentang segala macam kejadian.

Manusia dengan manusia. Ada yang ngam, ada yang kamcing, ada yang tidak ngam, ada yang tidak kamcing. Apa itu ngam dan kamcing ? Boleh kata ngam dan kamcing itu lebih kurang maksudnya dengan keserasian. Kalau ngam, maksudnya keserasian itu ada antara hubungan manusia itu dengan manusia ini. Ngam dan kamcing juga boleh dikatakan sebagai rapat. Seperti contoh dalam perbualan ini, " Mereka berdua itu nampak ngam lah, pergi ke mana sahaja mesti berdua " atau " Mereka itu nampak kamcing lah, pergi ke tandas pun berdua " <--- Ini hanyalah misalan untuk menunjukkan penggunaan perkataan ngam dan kamcing. (Perkataan ini adalah perkataan bahasa pasar, tiada di dalam kamus. Harap maklum)

Begitupun, sekiranya tidak ngam dan kamcing, manusia itu dan manusia ini masih lagi boleh menjadi kamcing dan ngam. Sebagaimana manusia itu dikurniakan akal fikiran untuk berfikir, mereka boleh duduk semeja bersama membincangkan kenapakah mereka tidak boleh ngam dan tidak kamcing. InsyaALLAH, toleransi dan saling memahami akan membawa kepada ngam dan kamcing.

Manusia itu zahirnya sejak azali memang mempunyai sikap dan sifat yang berubah-ubah. Berubah-ubah disebabkan beberapa faktor. Faktor dalaman dan luaran. Tidak perlu saya terangkan apakah faktor-faktor tersebut, tetapi itulah hakikatnya bahawa manusia itu sifatnya berubah-ubah.

Diri aku sendiri sahaja pun telah menunjukkan manusia itu mempunyai sikap dan sifat yang berubah-ubah. Sekejap aku ingin mendiamkan diri, dan kemudian bersuara kembali. Aku bukan batu, hanya membatu, tetap pada bentuk yang satu.

Namun, pada sifat manusia yang berubah-ubah, tersirat satu sifat keistimewaan yang mana manusia itu mempunyai sifat yang kekal atau tetap yakni, tidak berubah. Walau sebesar mana faktor dalaman dan luaran yang mengganggu dan menggoda, ia masih tidak mampu mengubah sifat yang kekal dan tetap itu. Apakah ia ?



Bersambung pada episod akan datang...


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sebuah kaum, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]


1 comment:

Anonymous said...

ermm...rasenyer..ade ckit perbezaan antara ngam dan kamcing...bole dikatakan ngam 2 adalah sifatnye..kamcing 2 adalah perlakuanyer...hehe pkr2 btl2...
mylizazim