Saturday, November 1

Suka vs Tak Suka

" Janganlah engkau MENELAN terus sesuatu makanan kerana MANISnya dan janganlah terus MEMUNTAHkan sesuatu makanan kerana PAHITnya. Yang MANIS itu TIDAK semestinya mendatangkan KEBAIKAN dan yang BURUK itu TIDAK semestinya mendatangkan MUSIBAH "

Suka ? Apa itu suka ? Pada aku, suka bermaksud keinginan atau kemahuan kepada sesuatu dan tidak suka adalah lawan maksud kepada suka.

Kenapa suka ? Dan kenapa tidak suka ? Manusia itu dilahirkan dengan mempunyai nafsu. Nafsu, perasaan yang mendorong keinginan kepada sesuatu sama ada baik atau pun buruk.

Aku, kalau suka kepada sesuatu kerja mesti rasa seronok bila melakukan kerja tersebut dan mesti hendak buat sampai rasa puas hati dan kadang-kadang sampai terabai perkara yang lainnya. Kenapa sampai macam itu sekali ? Sebab kerana aku dah suka!

Begitu juga kalau tak suka, memang susah nak laksanakan perkara atau kerja yang kita tak suka. Kamu tentu setuju dengan aku kan ?
Kalau suka kepada makan, mesti kita rasa gembira semasa makan, betul kan ? Adakah ada yang tak suka makan ? =)...

Kalau suka kepada game, mesti selalu nak main game.


Kalau suka kepada membaca, mesti rasa seronok bila membaca d
an apa yang dibaca mesti mudah masuk ke dalam kepala otak.

Kalau suka kepada pasangan kekasih, mesti rasa seronok melihat, berjumpa
dan berteman dengan pasangan anda. Yang ini pasti semestinya betul dan kamu tentu setuju dengan aku kan? Kalau tak setuju, anda mungkin ada masalah mental. hehe...

TAPI, seseteng
ah perkara walaupun aku tak suka, namun aku terpaksa suka kan juga kerana aku tak boleh lari dari perkara itu. Contohnya kalau tak suka matapelajaran matematik, sebagai pelajar sains kejuruteraan, masakan boleh lari dari metematik. Tapi bila dah hari-hari menghadap matematik, terus ia jadi suka. Namun aku tetap tak suka. haha...(Bukan semua)

Dengan manusia pun begitu. Mulanya tak suka dan bila lama-
lama berkawan, kita jadi suka. Begitu juga sebaliknya, mula-mula suka dan kemudian jadi tak suka. Kenapa pula begini ?



Bersambung pada episod akan datang...





“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. ” (Al-Baqarah: 216)

12 comments:

Husna said...

saye suke spaghetti tapi x suke susu n cheese! =P

aiman tuah said...

sy pula...belasah ape saje...bleh msuk perut, kenyang...=P

Siti said...

"Kalau suka kepada pasangan kekasih, mesti rasa seronok melihat, berjumpa dan berteman dengan pasangan anda. Yang ini pasti semestinya betul dan kamu tentu setuju dengan aku kan? Kalau tak setuju, anda mungkin ada masalah mental. hehe..."

sape kekasih anda??:)

aiman tuah said...

busyra : cerita tak abih lg...kna tgu episod akan datang...maybe jwpn kamu ada pada episod ke 176 ker, episod 1186 ker...haha....just wait n see....=)

Husna said...

saye rase saye bley forecast jawapan kepada soalan Busyra tuh. =P

Siti said...

husna, ape hasil forecasting anda??

Husna said...

its private n confidential!

Anonymous said...

bile nk update?? xsabar nih..huhu..=P

Anonymous said...

hehehe....hahhaha....hehhh....hhiiihihihi

Anonymous said...

oww.... ade bahase kiasan plak di sini...
hohoo....

=D

Anonymous said...

straight to d point jor.....

mar said...

Salam aiman..
1stly, all da best 2 ur final k..hehe
x sangka u slalo singgah sg.buloh..area mne?paya jaras?
bydaway, sy duk sg buloh jugakla..hehe