Sunday, January 11

hilang silih berganti

Yang pergi, telah pun pergi. Yang datang, telah pun datang. Perginya sakit, datangnya sihat. Itulah yang dipanggil kehidupan.

Cuti semester kali ini, banyak peristiwa datang dan pergi berlaku dalam hidupku. Yang datang tanpa memberitahu, yang pergi juga tanpa diingini. Namun, diriku sebagai Muslim harus sentiasa bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang hadir dalam kehidupan seharian. Yang pergi itu pasti ada hikmahnya, yang datang juga pasti ada hikmahnya. DIA mahu kita yang hidup sebagai hambaNYA ini, sentiasa berfikir akan kejadian yang berlaku di dalam alam ciptaanNYA ini.
Moga diri ini terus tabah dan tenang menghadapi ujianNYA.


" Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Cekalkan dan tabahkan hati kami dalam menghadapi ujian dariMu tatkala hati kami mudah goyah dek kerana pujukan dan godaan syaitan dan iblis laknatullah. Permudahkan tiap-tiap urusan untuk kami, bagi menuju redhaMu. Duniawi dan ukharawi. Ya Allah Ya Tuhan kami, moga diperkenankan permintaan kami ini. Amin Ya Rabbal 'alamin "

1 comment:

Anonymous said...

Siapa yang datang dan pergi ?