Saturday, January 17

Seorang

Hari ini semua housemate aku pergi Ulu Chepor. Dengarnya empat buah kereta berkonvoi. Mandi-mandi. Malam tadi aku juga bercadang nak pergi, tapi dek kerana mengalami injured di paha, aku mengambil keputusan untuk stay di hostel untuk mengurangkan kaki daripada banyak berjalan.

Malam tadi sebelum tidur, aku dah sapu dan urut dengan minyak angin di bahagian yang sakit, Alhamdulillah sakitnya dah semakin baik. Sebabnya injured mungkin kerana kekejangan. Tak melakukan persediaan yang baik sebelum beriadah. Tapi aku memang jenis degil, dah tahu memang nak sakit, masih nak beriadah. Padan muka aku!

Isnin ini bermulanya semester baru. Kosong. Diri seakan rasa kosong. Fikiran buntu membatu. Macam masih tak bersedia untuk menghadapi semester baru. Benarkah?

Pada saat rasa kosong, aku suka melayan lagu sentimental yang bermotivasi.

- Rintihan -
Hijjaz

Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walau menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu
Maha Kaya Maha Mendengar
Rintihan hamba-hambaNya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadaNya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya


Terkesan dengan lirik lagu ini.

Kerana sesiapa bertaqwa kepadaNya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya






Apakah mesej lagu ini?
Aku diam memikirkan...



2 comments:

Anonymous said...

kdg2,sakitnya itu pasti ada ubat..
mungkin ubat yg tsurat atau tsirat...

tabahlah duhai sahabat yg bhati cekal!

mg sem bru,sem terakhir ini dihadapi dgn SEMANGAT KEAZAMAN yg BARU..

Doa kudus btmu,mg berjaya disini dan disana.. Ameen

Adlan said...

lek la aiman.. da final sem kan..

all the best. jom grad n konvo ramai2 tahun ni..