Friday, January 30

Selamat datang...

Tanggal 8 Januari 2009, Muhammad Al-Aqil Yusuf selamat dilahirkan di Hospital Sg. Buloh. Tahniah diucapkan kepada ibu dan bapanya merangkap abangku dan kakak iparku. Bertambahlah bilangan hambaNya yang lahir dalam bulan Januari termasuk aku sendiri pada 1 Januari yang lalu. Moga dengan kehadiran cahaya penyeri keluarga ini, akan bertambah sinar kebahagiaan dan kemakmuran di dalam keluarga mereka khasnya dan keluarga kami amnya. Moga Aqil Yusuf tergolong dalam golongan yang sentiasa di bawah lindungNya. InsyaALLAH.

Dari Al-Aswad Surayi' bahawasanya Nabi SAW bersabda : "Setiap anak yang dilahirkan adalah suci maka kedua ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi sseorang Yahudi, Nasrani atau Majusi." - (Riwayat Al-Imam At-Tabrani)

Orang kata ada sedikit iras macam muka aku, betulkah ?
[ Bang lang, pinjam gambar anak ye =) ]

Terkenang kembali saat diriku masih kecil. Dunia ini ibarat padang permainan bagiku. Perjalanan hidup ini pada waktu ini dipenuhi dengan aktiviti bermain. Memang begitulah fitrahnya si kecil. Otak diransang dengan aktiviti bermain. Si kecil masih tidak mampu untuk berfikiran seperti orang dewasa yang mana secara lumrahnya mampu untuk menilai yang mana baik dan buruk. Di dalam fikiran si kecil, hanya terlintas untuk menghiburkan hati dengan bermain. Tak lupa juga rutin harian seperti makan, minum dan tidur untuk meneruskan kehidupan menjadi hambaNya di muka bumi ini.

Akukah ini ? Macam tak percaya...


Ingatkah kita bahawa selama kita hidup di muka bumi ini, apa yang telah kita dapat dan kita berikan kembali ? Dari mana kita dapat dan bagaimana untuk memberikan kembali ? Kadang-kadang aku lupa yang aku pada masa ini adalah keranaNya. Jika DIA berkehendakkan sesuatu, maka jadilah akan ia. Dan jika DIA tidak berkehendakkan sesuatu, maka tidaklah jadi akan ia. Nikmat yang diberikan susah untuk digambarkan. Walaupun ada yang mengibaratkan seperti buih di lautan, namun bagi aku ianya tidak boleh disamakan dengan apa sekali pun. Ianya suatu pemberian yang tidak akan dapat dibalas. DIA MAHA KUASA atas segalanya.

Terdetik dalam fikiranku. Aku jarang sekali memberi. Untuk maju, haruslah ada input dan output. Barulah pengalirannya akan berjalan lancar. Cuba bayangkan jika satu saluran paip menerima air dari lubang masuk dan tiada lubang keluar. Adakah saluran paip itu menjadi manfaat? Jesteru, aku berusaha mengingatkan diri aku dan juga sahabat-sahabat supaya kita bermusahabah. Menilai kembali diri ini, pernahkah aku bermanfaat kepada orang lain ? Pernahkah kita semua bermanfaat kepada orang lain ? Lupakah kita bahawa segala yang kita dapat ini datangnya dari siapa ? Sama-sama kita renung, tenung, dan fikirkan.

Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, siapakah yang mengatur segala urusan?” Maka mereka akan menjawab: “Allah”. Maka katakanlah: “Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepada-Nya)?” - (Yunus : 31)

2 comments:

bapak ea... said...

7 januari la....

Hasliza Hasim said...

7 January 2009 tau..omak ea said...