Wednesday, February 18

Kenapa tukar nama blog ?

" Kenapa tukar nama blog ? ", si A bertanya.

" Dulu bukan lagendabiru ? Sekarang dah tukar " , si B pula.

Ya, kenapa aku tukar nama ataupun alamat blog aku ? Ramai yang bertanya kenapa. Mungkin tulisan kali ini dapat memberi jawapan kepada yang bertanya mahupun yang merancang untuk bertanya.

Baik, dulu asal nama lagendabiru dan sekarang telah bertukar kepada tuahbumihijau. Kenapa daripada biru bertukar hijau ? ( Eh, macam Transformers pula boleh bertukar-tukar ). Pertukaran dari biru ke hijau itu tiadalah kena mengena dengan sebarang unsur parti di Malaysia mahupun di mana-mana kawasan bumi ini. Ada seorang sahabat beranggapan aku bertukar dari biru (BN) kepada hijau (PAS). Aku tekankan sekali lagi bahawa segala tulisan di blog ini tiada unsur mana-mana parti. Segalanya yang ditulis adalah kerana pendapat dan pandangan peribadi aku sahaja.

Kenapa aku pilih hijau ? Kerana pada pandangan aku, hijau itu memberikan aku ketenangan, juga kedamaian. Cuba sekali-sekala bila mana anda berada dalam keadaan yang tidak tenang dan merenung keindahan gunung-ganang, Subhanallah terasa begitu aman dan tenang hadir dalam diri. Begitulah kekuasaan Yang Maha Esa. Bukanlah maksud aku dengan melihat gunung-ganang itu serta merta diri akan menjadi tenang tapi merenung itu adalah dengan cara merenung dan memikirkan kehebatan pencipta gunung-ganang dan secara langsung aku akan mengingati Tuhan Maha Pencipta. Tuhan telah berfirman dalam Surah Ar-Raad ayat 28 yang kira-kira bermaksud " Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati itu akan menjadi tenang ". Itulah maksud tersiratnya.

Kenapa mesti hijau ? Bukanlah menjadi kewajipan untuk memilih warna hijau cuma hijau itu lebih dikaitkan dengan alam kehidupan. Sebab itu aku memilih hijau. Nak tahu kelebihan lanjut mengenai hijau, sila baca post aku yang sebelum ini.

Alasan lain pula, seketika dulu nama lagendabiru itu aku ambil bersempena motosikal Lagenda Yamaha aku berwarna biru dan aku ingin berkongsi pengalaman hidup sepanjang bersama Lagenda Yamaha biru aku. Tapi lama-kelamaan aku rasa, tulisan aku ini bukan berkisar kepada lagendabiru dan aku, tetapi lebih daripada itu. Sebab itu aku memilih tuahbumihijau yang mana tuah itu bersempena dengan maksud nama aku, Aiman, bumi pula tempat aku menetap sekarang ini dan hijau menggambarkan keindahan alam kehidupan. Dan sekarang motosikal aku sudah berwarna merah putih dan sekali lagi aku beritahu bahawa merah putih itu pula tiada kena mengena dengan mana-mana unsur parti.

Boleh terima tak penjelasan ini ? Aku juga berharap semoga kehidupan aku juga tak lupa kehidupan seluruh umat Islam sentiasa bertuah. =)

Oh, kampung halamanku...

7 comments:

Anonymous said...

dah ada warna kegemaran..selalunya takde yg specifik..

aiman tuah said...

tidaklah diriku berkata itu warna kegemaran...kalaulah itu warna kegemaran, dan tentu motosikal pun berwarna yang sama...pemahaman anda salah....diriku tiada warna kegemaran...cuma melihat hijau, membuatkan diriku mampu tersenyum...

Anonymous said...

hakimi suka green n pink .....abah green..ummi pink..man kena green,kenapa xde pink,women kan color pink...hahhaaha...ayat klise hakimi
http://gengmovie.blogspot.com/2009/02/malam-bersama-geng-gengs-corner_16.html
http://papysnow.blogspot.com/2009/02/malam-bersama-geng-geng-corner.html

lrh said...

masya Allah, penjelasan yang begitu mantap lahir dari hati seorang insan --> "Tapi lama-kelamaan aku rasa, tulisan aku ini bukan berkisar kepada lagendabiru dan aku, tetapi lebih daripada itu"

Alhamdulillah

Bebby said...

oh..begitu critanya

Anonymous said...

секс рекорд гиннеса
секс фото худых
порнуха безплатно без sms
женщина секс власть благодать
бесплатное порно бес смс

Anonymous said...

Добрый день!

Нашел такой web-сайт:
Вопросы и ответы

Интересует ваше мнение, будет ли востребована эта тема?