Friday, November 21

11 WANITA JAHILIYYAH

Sebelas orang wanita telah bersepakat dan berjanji untuk menceritakan perihal suami mereka.

Wanita pertama berkata: Suamiku seperti daging unta yang busuk yang berada di puncak bukit yang tinggi yang tidak dapat untuk didaki. Beliau tidak berlemak dan mudah untuk bergerak.

Wanita kedua berkata: Aku tidak boleh menceritakan mengenai suamiku. Aku takut dan aku tidak boleh memberitahu mengenainya. Sekiranya aku memberitahu mengenainya, bermakna aku membuka aibnya.

Wanita ketiga berkata: Suamiku telah membuat syarat, sekiranya aku bercerita, aku akan diceraikan dan sekiranya aku diam, aku akan dikasihi.

Wanita keempat berkata: Suamiku seperti cuaca di daerah Tihamah, tidak panas dan tidak sejuk (sederhana), tidak menakutkan dan tidak menjemukan.

Wanita kelima berkata: Suamiku, ketika memasuki rumah seperti seekor harimau bintang (kerana banyak tidur dan malas bertanya), tetapi apabila beliau keluar seperti seekor singa. Beliau tidak akan bertanya perkara-perkara yang bukan urusannya.

Wanita keenam berkata: Suamiku apabila makan, beliau akan menghabiskan makanannya. Sekiranya beliau minum, beliau akan menghabiskan minumannya. Sekiranya beliau tidur, beliau akan berselimut dan tidak memasukkan telapak tangannya kerana beliau tahu akan kesusahannya.

Wanita ketujuh berkata: Suamiku adalah seorang yang lemah syahwat. Walaupun telah berubat tetapi belum juga sembuh. Di samping itu beliau mudah menjatuhkan tangannya.

Wanita kelapan berkata: Suamiku berbau seperti bau Zarnab (sejenis bauan) dan sentuhannya selembut sentuhan seekor arnab.

Wanita kesembilan berkata: Suamiku berkedudukan tinggi, seorang yang berjaya, dermawan dan rumahnya berhampiran dengan tempat permainan.

Wanita kesepuluh berkata: Suamiku seorang pembesar dan banyak memiliki harta, sebahagian dari hartanya, beliau memiliki banyak unta. Sebahagian besar unta-untanya pula dibiarkan di halaman rumah, kerana itulah untanya yang hamil sedikit sahaja. Sekiranya unta-unta itu mendengar tiupan seruling mereka mengetahui bahawa mereka akan disembelih.

Wanita kesebelas berkata: Suamiku bernama Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah Abu Zar’in? Beliaulah yang memberikan aku anting-anting pada sepasang telingaku. Beliaulah yang memberiku makanan-makanan berzat sehingga aku kelihatan sihat. beliau suka memuji aku, beliau mengambil aku dari keluarga susah dan menjadikan aku salah seorang anggota keluarga yang kaya. Beliau tidak pernah mencaci aku, sehinggakan aku dapat tidur dengan nyenyak sampai ke pagi dan aku dapat minum dengan tenang.

Selepas itu bagaimana pula bonda Abu Zar’in. Tahukah kamu siapa bonda Abu Zar’in? Beliau memiliki harta simpanan dan rumahnya sangat luas.

Maka bagaimana pula anak lelaki Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah anak lelaki Abu Zar’in. Tempat tidurnya seperti pelepah tamar. Beliau merasa kenyang dengan makan sebelah kaki kambing.

Maka bagaimana pula anak perempuan Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah anak perempuan Abu Zar’in beliau sangat mentaati kedua orang tuanya. Tubuhnya montel dan sering menjadi kecemburuan jirannya.

Maka bagaimana pula Jariah Abu Zar’in, tahukah kamu siapakah Jariah Abu Zar’in? Beliau tidak pernah menyebarkan rahsia kami dan sangat jujur sekalipun dalam soal makanan. Beliau tidak pernah membiarkan rumahku kotor.

Setelah itu beliau berkata: Satu hari Abu Zar’in keluar dengan membawa satu bekas daripada kulit yang diisi dengan susu. Beliau bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai dua orang anak. Kedua anaknya itu seperti dua ekor harimau kumbang. Mereka bermain dengan dua biji buah delima di bawah pinggang ibunya. Maka beliau menceraikan aku dan mengahwini wanita itu.

Setelah itu aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan kaya. Tunggangannya adalah seekor kuda terpilih. Beliau membawa aku ke kandang yang penuh dengan binatang ternakan. Kemudian dia berkata: Makanlah wahai Ummu Zar’in dan berehatlah supaya hilang penat lelah. Beliau berkata: Sekiranya aku kumpulkan pemberiannya dengan pemberian Abu Zar’in, nescaya pemberiannya tidak akan sama dengan pemberian Abu Zar’in yang paling sedikit.

Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda kepadaku: Perhubungan aku denganmu seperti Abu Zar’in dengan Ummu Zar’in.

Aisyah radhiyallahu ‘anha membalas: Bahkan engkau lebih baik dari Abu Zar’in.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab: Benar! Abu Zar’in menceraikan Ummu Zar’in sedangkan aku tidak menceraikan engkau”

[Riwayat al-Tirmidhi]


Sumber dari saifulislam.com

Wednesday, November 19

Suka vs Tak Suka (Episod Dua)

Aku kembali menulis, tak jadi diam. =)
Sambungan dari Episod Satu.


Manusia ? Kenapa dengan manusia sukar untuk mengekalkan rasa suka dan tidak suka ? Kenapa ? Kerana sifat manusia itu sendiri yang berubah-ubah. Manusia bukannya batu, yang hanya kekal pada satu bentuk dan sifat. Bahkan batu pun boleh bertukar bentuk bila mana dikenakan daya yang kuat ke atasnya, apatah lagi manusia yang tidak sekeras batu.

Manusia bukan batu, hanya membatu. Manusia dikurniakan satu kelebihan yang mana keistimewaan ini tidak diberi olehNYA kepada makhlukNYA yang lain. Apakah keistimewaan itu ? Sudah tentunya nikmat akal fikiran. Akal dikurniakan agar manusia itu selalu berfikir. Berfikir tentang baik dan buruk. Berfikir tentang segala macam kejadian.

Manusia dengan manusia. Ada yang ngam, ada yang kamcing, ada yang tidak ngam, ada yang tidak kamcing. Apa itu ngam dan kamcing ? Boleh kata ngam dan kamcing itu lebih kurang maksudnya dengan keserasian. Kalau ngam, maksudnya keserasian itu ada antara hubungan manusia itu dengan manusia ini. Ngam dan kamcing juga boleh dikatakan sebagai rapat. Seperti contoh dalam perbualan ini, " Mereka berdua itu nampak ngam lah, pergi ke mana sahaja mesti berdua " atau " Mereka itu nampak kamcing lah, pergi ke tandas pun berdua " <--- Ini hanyalah misalan untuk menunjukkan penggunaan perkataan ngam dan kamcing. (Perkataan ini adalah perkataan bahasa pasar, tiada di dalam kamus. Harap maklum)

Begitupun, sekiranya tidak ngam dan kamcing, manusia itu dan manusia ini masih lagi boleh menjadi kamcing dan ngam. Sebagaimana manusia itu dikurniakan akal fikiran untuk berfikir, mereka boleh duduk semeja bersama membincangkan kenapakah mereka tidak boleh ngam dan tidak kamcing. InsyaALLAH, toleransi dan saling memahami akan membawa kepada ngam dan kamcing.

Manusia itu zahirnya sejak azali memang mempunyai sikap dan sifat yang berubah-ubah. Berubah-ubah disebabkan beberapa faktor. Faktor dalaman dan luaran. Tidak perlu saya terangkan apakah faktor-faktor tersebut, tetapi itulah hakikatnya bahawa manusia itu sifatnya berubah-ubah.

Diri aku sendiri sahaja pun telah menunjukkan manusia itu mempunyai sikap dan sifat yang berubah-ubah. Sekejap aku ingin mendiamkan diri, dan kemudian bersuara kembali. Aku bukan batu, hanya membatu, tetap pada bentuk yang satu.

Namun, pada sifat manusia yang berubah-ubah, tersirat satu sifat keistimewaan yang mana manusia itu mempunyai sifat yang kekal atau tetap yakni, tidak berubah. Walau sebesar mana faktor dalaman dan luaran yang mengganggu dan menggoda, ia masih tidak mampu mengubah sifat yang kekal dan tetap itu. Apakah ia ?



Bersambung pada episod akan datang...


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sebuah kaum, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]


Monday, November 17

Bersyukur atas nikmatMU...

Kisah tiga orang cacat dengan Malaikat

Suatu waktu Abu Hurairah r.a. berkata, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bercerita mengenai tiga orang cacat. Tiga Orang cacat dari kalangan Bani Israil seorang menderita penyakit kusta, seorang berkepala botak manakala seorang lagi buta.

Allah s.w.t. menguji ketiga-tiga mereka. Maka mula-mula diutus seorang malaikat berjumpa dengan yang berpenyakit kusta. Malaikat bertanya, "Apakah yang paling engkau sukai?"

Jawabnya, "Warna dan kulit yang bagus serta sembuh dari penyakit yang menyebabkan orang merasa jijik kepadaku." Malaikat pun mengusap orang itu lalu sembuhlah dia dari penyakit yang dihidapinya selama im. Kemudian diberikan padanya warna kulit yang bagus. Malaikat bertanya lagi, "Harta yang paling kamu sukai?" Jawab orang itu, "Unta." Lalu diberinya unta bunting yang hampir beranak. Malaikat mendoakannya, "Semoga Allah S.W.T. memberi berkat kepadamu dengan pemberian ini."

Selepas itu malaikat berjumpa dengan orang yang berkepala botak, katanya," Apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya, "Rambut yang cantik dan hilangnya aib yang menyebabkan orang benci kepadaku." Lalu, malaikatpun mengusap kepala orang itu dan tumbuhlah rambut yang cantik. Malaikat bertanya lagi. "Harta apa yang paling kamu sukai?" Orang itu menjawab, "Lembu." Maka diberinya lembu bunting sambil berkata, "Semoga Allah S.W.T. memberkatimu dengan pemberian ini."

Seterusnya malaikat bertemu pula dengan orang buta sambil bertanya, "Apakah yang paling kamu sukai?" Jawab orang itu, "Semoga Allah mengembalikan penglihatanku supaya aku dapat melihat orang ramai." Maka malaikat mengusap mata orang buta itu, lalu dia dapat melihat. Tanya malaikat lagi, "Harta apa yang paling kamu suka?" Orang itu menjawab, "Kambing." Lalu diberinya kambing serta anaknya. Lalu berkembang biaklah ternakan-ternakan tersebut sehingga menjadi ladang . lembu, ladang unta serta ladang kambing.

Setelah beberapa lama kemudian, malaikat mendatangi si penderita kusta dan berkata:

"Aku seorang miskin dan aku kehabisan bekalan dalam perjalananku yang masih jauh. Sekarang aku tidak dapat sampai ke tempat tujuanku melainkan dengan pertolongan Allah S.W.T. melalui bantuan yang tuan berikan. Oleh itu, aku minta kepadamu dengan nama Allah yang telah memberi kamu warna dan kulit yang bagus serta ternakan unta yang berkembang biak dengan banyaknya, sudikah kamu memberiku sedikit bekalan untuk meneruskan perjalananku ini. Tetapi, orang itu menjawab dengan angkuh,"Aku banyak tanggungan." "Aku seolah-olah masih ingat kepadamu. Bukankah kamu yang menderita penyakit kusta yang jijik dahulu." Dulu kamu miskin, lalu diberi rezeki." Jawab orang itu, "Harta ini kuwarisi dari nenek moyangku yang kaya raya." Malaikat berkata, "Jika kamu berbohong maka Allah S.W.T. akan mengembalikan kamu kepada keadaan asalmu dahulu."

Kemudiannya malaikat bertemu pula dengan orang yang berkepala botak dan berkata kepadanya dengan perkataan yang sama ditanya kepada penderita penyakit kusta. Si kepala botak juga telah menolak permintaan malaikat dengan alasan yang sama diberikan pesakit kusta. Malaikat berkata, "Jika kamu bohong, maka Allah S.W.T. akan mengembalikan kamu kepada bentuk asal kamu.

Seterusnya malaikat menemui pula orang buta lalu berkata, "Aku kehabisan bekalan dalam perjalanan. Tidak ada yang dapat menolongku melainkan Allah S.W.T. melalui kamu. Oleh itu aku pohon padamu dengan nama Allah yang telah mengembalikan penglihatan kamu semoga kamu sudi memberi aku seekor kambing. Orang buta menjawab dengan penuh keinsafan dan rendah hati: "Dahulu aku buta, kemudian Allah S.W.T. mengembalikan penglihatanku dan memberi aku ternakan ini. Ambillah berapa banyak yang kamu hendak."

Kata orang buta itu lagi, "Demi Allah, aku redha jika kamu ingin mengambil semua hartaku ini kerana Allah.


Malaikat menjawab, "Tidak, jagalah harta kamu. Sesungguhnya aku hanya menguji kamu. Kamu sungguh diredhai Allah sedangkan kedua-dua sahabatmu dimurkai Allah S.W.T."

Ucapan terima kasih kepada Mutiara Koleksi

Diam bukan bermakna menyorok diri

Sudah lama rasanya tidak mengemaskini blog. Kebelakangan ini, banyak perkara duka dan suka yang berlaku dalam hidup aku hinggakan aku tak mampu untuk mentafsirkannya dalam bentuk tulisan untuk diperlihatkan kepada kawan-kawan. Maaf.

Buat masa ini, aku mengambil langkah berdiam diri ekoran peristiwa-peristiwa yang terjadi pada diriku pada masa lalu. Mungkin aku perlu berseorangan buat seketika untuk menenangkan segala kekusutan yang telah berlaku dalam hidupku kebelakangan ini. Hanya DIA yang tahu keperitan dan ketidaktenangan yang aku hadapi sejak akhir-akhir ini. Sekian.

Monday, November 3

Hati hati

" salam man..skrg byk org tabur paku kt tepi hgway..ht2 blk nt.. "

Jam 6:08 petang aku dapat SMS dari bang lang memberi peringatan kepada aku agar berhati-hati ketika pulang menunggang motor ke Kuala Lumpur kelak.

" wassalam, insyaALLAH, tQ ", balas SMS aku.

Pejam celik tak pejam, aku sudah hampir ke penghujung semester yang pertama bagi tahun akhir ini. Dan sudah tentu sebelum pulang aku mesti menyelesaikan tugas-tugas yang sepatutnya aku habiskan. Dan tentulah aku mesti menghadapi peperiksaan akhir pada bulan November ini. Berikut adalah jaudal peperiksaan dan presentation FYP aku:

Final Year Project Presentaion (Part I) : 03 NOvember 2008
Malaysian Studies : 10 November 2008
Multimedia Network : 21 November 2008
Modern COntrol Engineering : 22 November 2008
Industrial Automation & Control Systems : 24 NOvember 2008
Basic Arabic Communications : 26 November 2008

Persediaan ? Sudah tentu aku belum 100% bersedia. Bahkan waktu ini, aku belum pun mula mengulangkaji kerana aku terpaksa menyelesaikan persediaan presentation FYP aku dahulu dan selepas itu baru aku dapat memberi tumpuan pada peperiksaan akhir aku. Harap-harapnya begitu dan segalanya berjalan lancar, Wallahu'alam.

InsyaALLAH aku akan pulang ke rumah kak long di Sungei Buloh pada 27 November 2008 menunggang motosikal berseorangan kerana kawan-kawan mat motor yang lain telah pulang awal. (Kematu lah punggung aku nanti). Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 4 jam dengan berehat hanya 15-30 minit untuk topup minyak dan merehatkan enjin setelah lama berjalan.

Kenapa aku tidak pulang terus ke rumah Paroi, Seremban ? Kerana aku akan menghadiri International Petroleum Technology Conference 2008 (IPTC) di Kuala Lumpur Convention Centre pada 3-5 Disember 2008. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai IPTC boleh klik di sini. Selain itu rumah kak long adalah tempat persinggahan aku setelah 4 jam menunggang motosikal. Mudah-mudahan aku akan dapat banyak informasi ketika menghadiri conference itu dan juga sebagai tempat untuk aku tinjau-tinjau 'market' aku kelak setelah menamatkan ijazah sarjana muda.

Alamak, jam sudah hampir 6:50 petang. Aku dan rakan-rakan serumah ingin keluar berbuka puasa. See you later.

Good Luck! Pray for our success..


Saturday, November 1

Suka vs Tak Suka

" Janganlah engkau MENELAN terus sesuatu makanan kerana MANISnya dan janganlah terus MEMUNTAHkan sesuatu makanan kerana PAHITnya. Yang MANIS itu TIDAK semestinya mendatangkan KEBAIKAN dan yang BURUK itu TIDAK semestinya mendatangkan MUSIBAH "

Suka ? Apa itu suka ? Pada aku, suka bermaksud keinginan atau kemahuan kepada sesuatu dan tidak suka adalah lawan maksud kepada suka.

Kenapa suka ? Dan kenapa tidak suka ? Manusia itu dilahirkan dengan mempunyai nafsu. Nafsu, perasaan yang mendorong keinginan kepada sesuatu sama ada baik atau pun buruk.

Aku, kalau suka kepada sesuatu kerja mesti rasa seronok bila melakukan kerja tersebut dan mesti hendak buat sampai rasa puas hati dan kadang-kadang sampai terabai perkara yang lainnya. Kenapa sampai macam itu sekali ? Sebab kerana aku dah suka!

Begitu juga kalau tak suka, memang susah nak laksanakan perkara atau kerja yang kita tak suka. Kamu tentu setuju dengan aku kan ?
Kalau suka kepada makan, mesti kita rasa gembira semasa makan, betul kan ? Adakah ada yang tak suka makan ? =)...

Kalau suka kepada game, mesti selalu nak main game.


Kalau suka kepada membaca, mesti rasa seronok bila membaca d
an apa yang dibaca mesti mudah masuk ke dalam kepala otak.

Kalau suka kepada pasangan kekasih, mesti rasa seronok melihat, berjumpa
dan berteman dengan pasangan anda. Yang ini pasti semestinya betul dan kamu tentu setuju dengan aku kan? Kalau tak setuju, anda mungkin ada masalah mental. hehe...

TAPI, seseteng
ah perkara walaupun aku tak suka, namun aku terpaksa suka kan juga kerana aku tak boleh lari dari perkara itu. Contohnya kalau tak suka matapelajaran matematik, sebagai pelajar sains kejuruteraan, masakan boleh lari dari metematik. Tapi bila dah hari-hari menghadap matematik, terus ia jadi suka. Namun aku tetap tak suka. haha...(Bukan semua)

Dengan manusia pun begitu. Mulanya tak suka dan bila lama-
lama berkawan, kita jadi suka. Begitu juga sebaliknya, mula-mula suka dan kemudian jadi tak suka. Kenapa pula begini ?



Bersambung pada episod akan datang...





“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. ” (Al-Baqarah: 216)

Wednesday, October 29

Pagi...

SUBHANALLAH...
Cantiknya pemandangan pagi ni...
Nyaman...Tambah lagi hujan renyai-renyai atau loghat negeri aku kata ghobeh...
Sambil menikmati milo panas...=)

ALHAMDULILLAH...
Aku masih diberi kesempatan bernafas...
Aku masih diberi peluang untuk bertaubat...
Aku masih diberi peluang untuk mengejar cita-cita...

ALLAHUAKBAR...
Maha Besar Dia yang mencipatakan segala-galanya...
Sekelian Alam...

Alhamdulillah baru hari ini aku dapat meringankan bebanan minda aku setelah beberapa hari dipaksa berkerja keras...hanya untuk sementara, kerana masih banyak lagi tugasan yang bakal menunggu. Lumrah alam, hidup sebagai seorang pelajar memang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bukan saja dari segi akademik tapi juga merangkumi aspek kehidupan.

Aku bersyukur, kalau tak kerana cabaran dan dugaan itu, tak mungkin aku boleh sampai ke tahap sekarang ini. Manusia memang perlu kepada cabaran dan dugaan, dari situ kita belajar. Belajar menjadi manusia.

Kurang dua minggu dari sekarang, aku akan menghadapi peperiksaan akhir aku untuk semester ini. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan perjalanan aku, dunia dan akhirat. Doakan moga aku dan sahabat-sahabat lain dapat menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup ini dengan tenang dan cekal. Banyak yang perlu aku ulangkaji memandangkan otak telah 'disuapkan' dengan kuih-muih aidilfitri membuatkan otak aku tepu dan liat. Manusia, mudah lupa. OKlah, tak tahu dah apa yang aku mengarut sekarang ni. Doakan agar perjuangan aku terus bersemangat seperti semangatnya para Rasul dan Anbiya di medan jihad. Wallahu'alam.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Ali-imran : 190-191

Saturday, October 25

Taubat Seorang Hamba


Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun

(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerna hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Wednesday, October 22

Tanpa tajuk

Hari ini rasa lemah tak bermaya, jasmani mahupun rohani. Kenapa agaknya ? Dari satu ke satu tulisan aku cuba menulis, semuanya tak berjaya untuk aku habiskan dan akhirnya tulisan ini saja yang idea aku mampu cetuskan.

Apakah gerangannya hal ini berlaku kepada aku ?
Adakah kerana kekecewaan dalam test semalam atau pun perkara lain ?
Lain ? Apakah perkara lain itu ?

Aku sendiri tak tahu dan tak mampu mengenalpasti apakah yang berlaku kepada diri aku sekarang. Hanya DIA yang MAHA TAHU.

YA ALLAH YANG MAHA AGUNG, BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI DUGAAN DAN UJIANMU, TABAHKANLAH HATIKU YANG SERING GELISAH, KELUH DAN KESAH. HIASILAH HATIKU DENGAN LIMPAHAN IMAN, KEYAKINAN DAN KETENANGAN MENJALANI PERINTAHMU. YA RAHMAN, LAPANGKANLAH DADAKU, MUDAHKAN PEMAHAMANKU, LANCARKAN PERJALANAN URUSANKU, HADIRKAN KECERIAN DALAM DIRIKU, MOGA ENGKAU SENTISA MENERANGI KEGELAPAN HATIKU. KU BERMOHON PADAMU YA ALLAH. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.



Monday, October 20

Izinkan Aku Menangis #2



Ya Allah...
Aku manusia...
Aku sering lupa...
Aku sering leka...
Aku sering alpa...
Aku menempah dosa...

Ya Tuhan...
Masihkah ada ruang kesempatan untukku...
Masihkah ada jalan untukku...
Bertaubat...
Beramal soleh...
Beramal jariah...

Ya Rahman...
Masihkah ada harapan untukku...
Menerima hidayahMu...
Menerima ampunanMu...
Menerima cahayaMu...

Ya Rahim...
Aku menangis...
Kerana dosa...

Aku menangis...
Kerana lemahnya diriku...

Aku menangis...
Kerana lemahnya imanku...

Ya Ghaffar...
Terimalah aku...
Terimalah pohonanku...
Terimalah amalanku...

Ya 'Alim...
Aku menangis...


Dan...


Gugurnya airmata seorang aku...





Saturday, October 18

Seronoknya...

Ini Hakimi. Anak buah aku yang pertama. Anak kepada kak long aku. Umur dah nak masuk 3 tahun awal Januari nanti. Dekat-dekat dengan birthday aku. Kejap sahaja masa berlalu. Tahun berganti tahun.

Seronoknya jadi budak-budak...


With baju raya

Rasai keseronokan Hakimi di Upin & Ipin Roadshow

Hari Raya 2008


Abah...
Mak...

Bang Lang & isteri...

Aku...
Adik aku...


Kak Long &
family + Angah & family tak dapat pulang ke Seremban pada hari raya pertama...

Tak ada yang menarik sangat tentang perjalanan raya aku kali ini...

Makan...tidur...motor...dan yang lain-lain yang tersirat...


Moga dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal tahun depan...Wallahu'alam...

Sakitnya kepala....

Aduh, sakitnya kepala....
B
anyaknya kerja....









" Ya Allah,
permudahkanlah urusan hambaMu
dan sahabat-sahabatku..
.. "

Wednesday, October 8

Jangan Terpedaya..

Selamat kembali berkerja buat yang pekerja dan selamat kembali belajar buat pelajar dari cuti berhari raya Aidilfitri.

Aku nak kongsi satu pengalaman ketika di Hentian Puduraya. Ketika itu aku baru sahaja selesai solat Asar di surau Hentian Puduraya dan kebetulan terjumpa seorang kawan yang juga solat di situ. Kawan aku bagi tahu yang dia telah kena paw dengan seorang hamba Allah tapi bukan pada hari tersebut. Dia teringat kisah kena paw sebab ternampak kelibat hamba Allah yang mengepaunya di surau itu. Kawan aku bagi tahu yang dia kena paw hampir RM20 kerana kebetulan pada waktu itu memang ada duit lebih kurang RM20. Dia kena paw bukan kerana dipukau tetapi kesian dengan rintihan oleh hamba Allah itu.

Gaya dialognya lebih kurang berbunyi begini :

" Bang, pinjam duit bang. Nanti saya bayar semula. Saya baru lepas kena paw dekat Petaling Street tadi. Saya nak balik kampung dekat Negeri Sembilan. Saya ada anak bini sekali. Kalau abang tak percaya, saya boleh tunjukkan. Abang bagi saya nombor akaun bank dan nombor telefon, nanti saya bank in semula duit abang. Saya bukan nak ajar abang, tapi kalau abang tiada duit, abang pergilah cucuk dekat ATM. Tolong saya bang (dengan muka kesian). "

Kawan aku tu pun keluarkan dompet dan kebetulan mempunyai lebih kurang RM20. Maka, kawan aku tu pun bagilah duit tu pada hamba Allah itu.

Pada hari tersebut kawan aku tu nampak kelibat hamba Allah tu sedang paw seorang musafir. Kali ini musafir itu pula yang terpedaya dengan pujuk rayu hamba Allah itu dan musafir itu menghulurkan RM50 kepada hamba Allah itu. Dan kebetulan juga, si musafir itu meminta untuk pinjam pen dari kawan aku tu dan kawan aku tu berilah sebatang pen kepadanya. Dan pen itu terus diambil oleh hamba Allah tadi dan seperti berusaha berjalan mencari kertas untuk menulis. Tetapi.....dalam sepejam mata, hamba Allah tadi yang kononnya berjalan hendak mencari kertas telah hilang dari pandangan kami (aku, kawan aku dan si musafir). Kawan aku meminta supaya si musafir tadi mencari hamba Allah tersebut tapi kelibatnya tiada kelihatan.

Diceritakan, si musafir tadi memberitahu kami bahawa ayat pujuk rayunya lebih kurang sama dengan apa yang aku tuliskan di atas. Sungguh terpedaya si musafir. Cuba bayangkan kalau hari tu hamba Allah tu dapat paw sepuluh orang, dan purata setiap seorang RM15, berapakah jumlah pawnya pada satu hari tersebut ? RM15 X 10 orang = RM150. Sungguh mudah mendapatkan duit dengan mengepaw tapi hasil paw itu tidak diberkati dan diredhai olehNya. Biarlah urusan itu antara hamba Allah itu dengan PenciptaNya. Lantas si musafir tadi niatkan duit itu untuk disedekahkan sahaja pada hamba Allah tadi.

Jadi buat sahabat-sahabat yang berurusan di Hentian Puduraya terutamanya atau pun di sekitar Lembah Klang, kejadian kena paw ini memang sering berlaku. Ada yang kena paw dengan cara yang jahat dan ada yang dengan cara yang 'baik' yang buat kita terpedaya. Maka berhati-hatilah ketika anda semua berada di Lembah Klang. Pesan aku jangan dibiasakan berseorangan ketika berjalan di Lembah Klang melainkan anda punya keberanian yang tinggi. Sediakan payung sebelum hujan. Alhamdulillah sepanjang permusafiran aku di Lembah Klang, tidak pernah sekali kena paw. Pesan aku lagi, berhati-hati bukan sahaja ketika di jalan raya tetapi juga ketika berseorangan berjalan kaki.





Tuesday, October 7

Ini Abah Punya !

Hadiah untuk abah dari anak-anak...
Moga panjang umur dan murah rezeki...
Moga dirahmati dan diredhai perjalanan hidupmu olehNya...

Nouvo Biru...

Monday, October 6

Ringkas

Terima Kasih.

Thursday, September 25

MAAF ZAHIR BATIN...

Kejapnya rasa....
Pejam celik dah nak raya...
Kita selalu mengharapkan mudah-mudahan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumny
a...
Aku juga mengharapkan Ramadhan dan Syawal k
ali ini lebih baik daripada sebelumnya... Wallahu'alam...

Ramadhan tahun ini....

Banyak peristiwa yan
g berlaku dalam bulan ini ke atas aku....
Kena sam
an dengan pak guard UTP...
Helmet hilang....

Exci
dent tergolek motor....

Dugaan...

Mudah-mudaha
n dengan ujian dan dugaan itu, buatkan kita lebih mendekatkan diri padaNya... Tambah-tambah lagi bulan Ramadhan...memang amat sangat-sangat dituntut untuk lebih dekat kepadaNya...
Barangkali aku sibuk dengan urusan dunia, DIA bagi aku petunjuk supaya ingat padaNya dengan menghadirkan ujian itu padaku...


Tahun demi tahun berganti. Buat aku terasa semakin tua. Tapi.....

Amalku......
Ibadahku.....

Peribadiku.....


Adakah semakin bertambah 'tua' nya ?
Wallahu'alam....DIA YANG MAHA TAHU SEGALA-GALANYA....


Kesempatan
ini... Aku ucapkan... MAAF ZAHIR BATIN & SELAMAT HARI RAYA...buat semua...

Monday, September 22

Tanpa kata-kata

Gambar 1: Merah...kena cium dengan siapa agaknya?


Gambar 2: Merah...takkan kena cium juga?



Gambar 3: Seluar koyak : Luarannya begitu,
dalamannya bagaimana agaknya ?

Kejadian berlaku ketika menunggang lagenda biruku mengambil selekoh di bulatan berhadapan Dewan Utama UTP (UTP Main Hall) selepas menemankan sahabat ke bank. Waktunya selepas solat maghrib untuk berbuka puasa di luar. Alhamdulillah aku bernasib baik kerana tiada yang membonceng di belakang aku. Aku hanya cedera sikit. Lagenda biru agak sederhana banyak injurednya. Kegelapan malam mungkin mengaburkan sedikit penglihatan mataku. Redha, dah nak kena.
Pengajran : Berhati-hati di jalan raya. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.


p/s :
Gambar 3: Boleh tak agaknya untuk dibuat pencil case ? Credit to Blogger Busyra : Message of Hope

Izinkan Aku Menangis.....


Ya Allah...
Aku,
Hamba...
Aku,
Insan Hina...
Aku,
Insan Lemah...
Aku,
Insan Tak Berdaya...

Ya Rabbi...
Masihkah Ada Peluang Bagiku...
Menebus Segala Dosa...
Memohon MaghfirahMu...

Ya Rahman...
Tunjukilah...
Jalan MenujuMu...
Terangilah...
Hati Gelapku...
Kuatkanlah...
Semangat Lemahku...

Ya Rahim...
Terimalah...
Taubatku...Solatku...Amal Ibadatku...

Ya 'Azim...
Hadirkanlah...
Penyesalan Dalam Diriku...
Gugurkanlah...
Air Mata Keinsafan Dari Diriku...

Ya Rabbal'Alamin...
Izinkan Aku Menangis.......

Saturday, September 20

Terlupa....

Terlupa....
Sepanjang sesi sunyi aku....




MAAF ZAHIR BATIN buat semua...
SELAMAT HARI RAYA.....


p/s: sesiapa nak bagi duit raya, kocek aku sedia menerima :)

Sunyi #2


Sunyi.












Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.
Ya Allah kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta kepada orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pintan (perkenankanlah).

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkan hari ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU...(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Amin Ya Rabbal'alamin

Friday, September 19

Hilang....

Malam ke-20 Ramadhan....

Kejadian berlaku di Masjid An-Nur, UTP....







Helmet hilang...


Lepas pulang dari Surau Taman Maju untuk berbuka dan solat maghrib, aku pulang semula ke UTP dan terus ke Masjid An-Nur untuk kali keduanya menjamah selera berbuka. Hari ini Masjid An-Nur telah mendapat tajaan dari PETRONAS dan seperti yang aku bajet, memang ramai students yang akan turun untuk berbuka di masjid. Disebabkan itu, aku ambil keputusan untuk berbuka di Surau Taman Maju, terletak lebih kurang 3km luar dari kawasan UTP. Malang aku berbau, helmet aku hilang........

Sedih. 

Helmet buruk pun hendak dicuri orang. Barangkali aku rasa orang luar yang melakukannya sebab pelajar UTP tak perlu pakai helmet untuk ke masjid. Astaghfirullah, tak baik menuduh. Husnuszon. Mungkin orang itu terpaksa kebas helmet aku kerana urusan kecemasan, fikir aku. 

Baru saja dalam bulan Ramadhan ini juga, aku kena saman dengan pak guard dekat masjid dan kali ini helmet aku pula yang kena kebas. Nasib malang menimpa aku lagi. Mungkin disebabkan aku tak pernah sedekah helmet, jadi helmet aku hilang. Tak mengapalah, nasi dah jadi bubur.

Moga aku terus tabah menghadapi ujian demi ujian yang mendatang. Wallahu'alam.

Saman....di bulan Ramadhan...


"Bengang btol aku dgn pak guard nie...kat masjid pun nak saman", kata seorang student.

"bodo punye pak guard...g teraweh pun nk saman", kata seorang lagi student.

Tahun ini, first time aku kena saman oleh pak guard UTP dengan motosikal aku sendiri. Semester lepas aku dalam semester internship, kalau aku berada di UTP, mungkin kena saman. Semua orang pasti rasa tak puas hati kalau kena saman. Bila kena saman, dah tentu duit akan lesap untuk bayar saman. Di UTP, minimum saman adalah RM30 atau RM50. Terpulang pada keadaan bila masa kena yang RM30 atau RM50. Macam nasib-nasiblah plak dan aku kena yang RM30, Alhamdulillah. Kesalahan aku adalah kesalahan lalulintas dan bila kena saman tu memang mengamuklah sebab kena saman dekat masjid. Time solat terawih pun pak guard rajin menyaman. Aku kena saman sebab parking dekat tempat dilarang. ( Dah tahu salah sendiri lagi nak mengamuk, padan muka aku! ). Memang pengajaran kedua untuk aku kena saman dekat masjid. Pengajaran kedua ? Untungnya aku sebab ada pengajaran kedua. Bukankah pengajaran itu jarang hadir dan kebiasaannya datang hanya sekali ? Tapi masih tak mahu untuk sedar dari pengajaran pertama. 

Tahun lepas juga dalam bulan Ramadhan aku kena saman. Paling best sekali, aku kena saman time solat subuh, juga di masjid tapi tempat yang berbeza. Apalah nasib aku. Mungkin aku kurang amal sedekah di bulan Ramadhan dan ALLAH beri aku ujian dengan menggerakkan pak guard solat subuh di masjid dan menyaman aku. Dengan kejadian itu buat aku berfikir, dari bayar saman lebih baik bersedekah tambah-tambah lagi di bulan penuh barakah ini. Dah terhantuk baru terngadah. Kalau tak kena saman, mungkin aku tak terniat untuk bersedekah. Amat jarang pak guard berjemaah subuh di masjid. Sebab itu aku berani letak motosikal dekat tempat larangan. Mungkin dah memang 'rezeki' pak guard di bulan ramadhan.

- Surat rayuan kurang saman dah diluluskan :) -

Dan aku kalau kena saman memang cepat-cepat buat surat rayuan sebab malas nak simpan lama-lama. Dan biasanya dapatlah kurang dari RM30 ke RM10. Rasa menyesal yang tak penah insaf. Walaupun RM10, boleh tampung makan untuk 3 kali. Tapi dah nasib aku memang kena saman, terimalah dengan redha dan pasrah. ( Padan muka aku kali kedua! ). Ini kali ketiga aku kena saman dan semua disebabkan parking dekat tempat larangan dan ini kali pertama aku kena saman dengan motosikal sendiri. ( Padan muka aku kali ketiga! )

Pengajaran : Patuhlah pada arahan! ( Padan muka aku kali keempat! )

Thursday, September 18

Sunyi

Hari ini....


Sunyi....


Kelam....


Ceria....


Duka....


Suka....




Begitulah asam garam kehidupan....insan bernama manusia...

Tuesday, September 16

Mulanya di sini.....

Dengan Nama Tuhan Yang Menciptkan Langit Dan Bumi....

Assalamu'alaikum WBT....
InsyaALLAH bermulanya kisah kembara seorang insan....